Monday, 2 January 2012

Hidup Menongkat Langit?

Kadang-kadang bila hati dirasuk, bila marah melampaui semua rasa, bila ego berada di tingkat paling tinggi,bila setan durjana menguasai diri, perkataan yang tak sepatutnya diucap pun mudah saje terkeluar dari mulut. Tanpa memikirkan perasaan orang sekeliling, tanpa fikirkan apa kesan kepada semua orang, tanpa fikirkan kita ada Allah yang Maha Esa yang bila-bila boleh membolak balikkan hati kita. Langsung lupa perkara gembira yang pernah berlaku, langsung lupa perkara bahagia sebelum ini hanya kerana sedikit ujian dari Dia..

Bak kata Ketty Perry dalam lagu beliau,
"Talk about our future like we had a clue"

Dalam semua hal pun, terjadi kerana keizinan Nya, perangai menongkat langit itu pun terjadi kerana keizinan Nya,masa depan itu rahsia Allah,ku muhasabah diri sendiri, dalam apa jua hal, letak kuasa Allah di tangga pertama..mungkin hari ini kita benci teramat pada seseorang, mungkin esok rasa kita sebaliknya, kerana semua itu atas kehendak Nya...



mampukah?




1 comment:

  1. a'ah betul tu, semua atas kuasa Allah s.w.t., kita perlu berusaha dan berdoa.

    ReplyDelete